Peti Pertolongan Cemas
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
BIL PERKARA KEGUNAAN 1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang 2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
3. Non-sterile gauze Sterile gauze
Melakukan pencucian/pembebat luka‡ Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan dan menstabilkankepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan eg. dislocation(terseliuh)
5. Glove-disposable/nonsterile
Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan
6. Scissor Memotong gauze/bandage 7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat 8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze
Melakukan pencucian/pembebatan luka
9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut. 10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic 12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar 13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot
CPR (Cardiopulmonary resuscitation)
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalamotak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.
16
CPR UNTUK DEWASA
Resusitasi Kardio Pulmonari yang awal adalah didalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuk pernafasan bantuan mulut ke mulut atau pernafasan bantuan cara lain.Dan tekanan dada.Dengan cara inin darah yang mengadungi oksigen akan mengalir terus keotak dan organ-organ yang penting. Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera.Jika cepat melakukan CPR,defibrilasi,mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR hanya boleh dilakukan pada 2 perkara. 1.Pernafasan terhenti. 2.Jantung terhenti.
PUNCA PERNAFASAN TERHENTI. 1.Lemas. 2.Keracunan. 3.Tercekik. 4.Tehidu asap beracun. 5.Renjatan elektrik. 6.Strok.
PUNCA JANTUNG TERHENTI. 1.Sakit jantung. 2.Jantung bengkak. 3.Denyutan dan rentak jantung tidak normal.
CPR. TIDAK BOLEH DILAKUKAN. >Mangsa telah kaku dan kejang. >Mangsa cedera teruk dibahagian dada,leher dan kepala serta muka. >Tiada kebenaran waris. >Mangsa telah mati.
17
>Bayi kurang daripada 200gm atau kurang daripada 3 bulan. APA KAH YANG MENYEBABKAN SALURAN UDARA TERSUMBAT. Bahaya halangan pada saluran udara amatlah meruncing jika sesaorang itu tidak sedar,lebih-lebih lagi jika dia baring dengan muka keatas. Apabila seseorang itu tidak sedar,otok-otok rahang tenang dan lidah berundur dan menyumbat tekak.Selain itu muntah misalnya akan terkumpul dibelakang tekak yang juga boleh menyumbat saluran udara mangsa.
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas ABCs of CPR. Airway(saluran pernafasan) Breathing(pernafasan) Circulation(edaran darah)
LANGKAH BANTUAN KECEMASAN UNTUK MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA.
1.Pastikan keadaan sekeliling selamat. 2.Panggil mangsa atau tepuk bahu beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak.
3.Jika mangsa tidak sedarkan diri ini menandakan keadaan mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapat kan ambulan dengan segera. >Sementara ambulan sampai lakukan langkah 1,2,3 . >Jika mangsa sedar,cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memestikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap,peredaran udara akan berlaku.maknanya udara akan masuk kedalam paru-paru dan otak.
Jika mangsa tidak sedarkan diri cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepala ke atas dan lihat tanda pernafasan. Anda perlu mengosongkan saluran udara mangsa ,mungkin saluran udara tersumbat misalnya oleh gigi yang patah,lumpur,atau muntah.
18
CPR UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK
CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN)
Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya. Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Penilaian : Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepalaangkat-dagu(head-tilt-chin-lift). Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang B. PERNAFASAN (BREATHING) Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tanda-tanda trauma, Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat. C. EDARAN DARAH (CIRCULATION) Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan
19
tangan yang satu lagi. Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid). Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.
Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991 Periksa nadi brakial. Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan. periksa nadi setiap beberapa minit Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.
MODUL BANTUAN KECEMASAN : BANTU MULA (BEBAT DAN ANDUH)
Merupakan bantuan awal
atau rawatan yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera (dipanggil
pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar berkelayakan.
Pembebatan dilakukan untuk menutup
luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih
dan mencegahnya daripada tercemar.
Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.
Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.
Menggunakan bebatan.
Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.
Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.
Menggunakan bebatan.
·
Cuci tangan sebelum menyentuh luka
atau kain bebat
·
Guna kain bebat yang menutupi
keseluruhan luka tersebut
·
Memegang kain bebat di sebelah tepi
·
Tambah alas pada luka supaya lebih
selesa dan lapik bersama-sama kain balutan
Apabila mengikat anduh, gunakan
lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah
lucut.
INGAT!!!!
KIRI ATAS KANAN….
KANAN ATAS KIRI
|
BALUTAN
Dalam
Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada
kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong
separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.
Lipatan Anduh Tiga Segi
Lipatan Anduh Tiga Segi
·
Lipatan
lebar - menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
·
Lipatan
kecil - menutup bebatan luka kecil.
·
Lipatan
pelapik - pelapik padat untuk mengawal pendarahan
Lipatan Anduh Tiga Segi
Anduh leher dan siku
Anduh tapak tangan dan tapak kaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan