Terdapat
7 prinsip Asas Palang Merah iaitu :-
- Kemanusiaan (Humanity)
-
Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi
kepada mereka yang tercedera di medan peperangan
-
mencegah dan meredakan kesengsaraan
-
melindungi nyawa dan kesihatan
-
memupuk kesefahaman , kerjasama,
hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia
2.
Kesaksamaan ( Impartility)
-
Palang Merah tidak membezakan kaum, agama,
darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya.
-
Pada asasnya meringankan kesengsaraan
individu dalam kes kecemasan.
3.
Keberkecualian ( Neutrality)
-
Palang Merah tidak menyebelahi pihak-pihak
yang bermusuhan
-
Tidak menyertai pertikaian yang bercorak
politik, perkauman, agama dan ideologi
4.
Kebebasan( Independence)
-
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah
bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan
badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.
5.
Khidmat Sukarela ( Voluntary Service)
-
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah
merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari
keuntungan
6.
Ketunggalan ( Unity)
-
Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan
Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara.
-
Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
-
Aktivitinya meliputi seluruh negara
7.
Kesejagatan (Universality)
-
Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia.
-
Mempunyai tanggung jawab bersama
-
Saling bantu membantu di antara satu dengan
lain antara negara.
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
``Bahawa kami / ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar / taat setia kepada Duli
Yang Maha Mulia / Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / dan pemerintah
pemerintah di negeri kami / berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahawa kami berikrar / akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan / dan Undang
undang Bulan Sabit Merah Malaysia / dan Undang-undang yang lain / dan arahan
walaupun di mana jua kami berada.
Bahawa kami berikrar / akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami / kepada
mereka yang sakit dan menderita / diwaktu aman dan bencana / berdasarkan
kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia / seperti:
KEMANUSIAAN / KESAKSAMAAN / BERKECUALI / KEBEBASAN / KHIDMAT
SUKARELA / KETUNGGALAN / KESEJAGATAN
Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah
Kemanusiaan Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.
Saksama Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.
Berkecuali Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
Khidmat Sukarela Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
Bersatu Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua persatuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama iaitu membantu satu sama lain.
8
Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Objektif Perlembagaan
Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang – undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.
Antara fungsi perlembagaan atau undang – undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.
Objektif Perlembagaan PBSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif PBSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”
Perlembagaan PBSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
· v) Jawatankuasa kecil,
Perlantikan Jawatankuasa
Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu :
i. Mesyuarat Agong.
Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa. Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas.
ii) Perlantikan oleh penasihat.
Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untukpasukan beruniform. Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong. Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.
Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut;
Bidang Tugas Jawatankuasa
Penasihat :
Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.
Pengerusi :
Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir Medapat kelulusan daripada pengetua
Tentukan langkah – langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan
Naib Pengerusi :
Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.
Setiausaha :
Menyimpan pendaftaran ahli. Membuat urusan surat – menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan. Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum.
Penolong Setiausaha :
Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha Menjalankan tugas yang diarah oleh penasihat dari masa kesemasa
Bendahari :
Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan.
Penolong Bendahari :
Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa
Ketua Patrol atau Ketua Biro :
Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.
Pengurusan dan Pentadbiran
Visi:Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
Misi.:Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan
MOTTO
“Inter arma carita” (didalam peperangan ada kebajikan) dan “PerHumanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju keamanan)
PELAN STRATEGIK
Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras Pergerakan iaitu:
1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi.
1 Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.
Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan didalam menyebarkan Undang Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut telah ditentukan:
i) memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam mempromosikan UUKA didalam negara ini.
ii) mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain kompenan Pergerakan sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian dan lain-lain agensi.
iii) Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa didalam membangunkan garis panduan makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA diseluruh Negara.
iv) Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan