Isnin, 9 September 2019

tajuk 3 : Struktur dan organisasi pertubuhan, pengurusan dan pentadbiran


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

            3.1       STRUKTUR ORGANISASI
                        3.1.1    ANTARABANGSA
PERHIMPUNAN AGUNG
PRESIDEN PERSEKUTUAN
MAJLIS EKSEKUTIF
SETIAUSAHA AGUNG
SEKRETARIAT PERSEKUTUAN
BANTUAN
PEMBAN-GUNAN
KESIHATAN & KHIDMAT MASYARAKAT
BELIA
SURUHANJAYA KEWANGAN
PERSATUAN KEBANGSAAN (AHLI PERHIMPUNAN)
BENDAHARI AGUNG
SURUHANJAYA PERHIMPUNAN AGUNG
 













                        3.1.2    KEBANGSAAN




                                    3.1.1    KEBANGSAAN

JAWATANKUASA KEBANGSAAN
JAWATANKUASA EKSEKUTIF
CAWANGAN
CABANG
UNIT
URUSETIA KEBANGSAAN
URUSETIA CAWANGAN
URUSETIA CABANG
PASUKAN KEBAJIKAN
BANTUAN SUKARELA
LAIN-LAIN UNIT
 






PASUKAN KEBAJIKAN
PASUKAN KEBAJIKAN
                       


Rajah 1: Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Kebangsaan


Rajah 2: Struktur dan Organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ IPG

Berdasarkan Rajah 2, satu organisasi pusat akan mengandungi Senat BSMM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan. Setiap cawangan-cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa masing-masing dibentuk disetiap negeri dan wilayah persekutuan Malaysia.

Senat BSMM
Senat BSMM ialah badan tertinggi dalam organisasi. Senat tidak mempunyai kuasa eksekutif. Didalam senat terdapat 25 senator yang akan dilantik atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dikalangan ahli-ahli BSMM. Peranan utama senat adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan.
Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting dan mempunyai kuasa mengendalikan pengurusan serta mengawal semua hal-hal persatuan. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan memerlukan satu pertiga ahli bagi membentuk korum. Majlis ini yang terdiri daripada:
1) Pengerusi Kebangsaan
2) Timbalan Pengerusi Kebangsaan
3) Empat naib pengerusi kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih dikalangan pengerusi cawangan.
4) Pengerusi jawatankusa-jawatankuasa kebangsaan.
5) dua orang wakil daripada setiap cawangan (pengerusi cawangan/ naib pengerusi/ pengarah cawangan/ setiausaha kehormat/ bendahari kehormat).
6) Pengarah Angkatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
7) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA).
8) Seorang wakil daripada setiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal negeri, kesihatan dan belia.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan pula menguruskan hal ehwal persatuan. Ahlinya terdiri daripada:
1) Pemegang jawatan utama (Pengerusi, timbalan, naib pengerusi dan bendahari kehormat).
2) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
3) Wakil daripada setiap 5 zon.

3.1.3    SEKOLAH
GURU PENASIHAT
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
BENDAHARI
AHLI JAWANTANKUASA
AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA
SETIAUSAHA
 





Rajah 3: Organisasi BSMM di Sekolah
Objektif:
1.    Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
2.    Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar.
3.    Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain.
4.    Menanam semangat berkerjasama, tanggungjawab, taat setia dan cintakan sekolah dan negara.
5.    Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar dalam pengurusan unit dalam pertubuhan di sekolah.
6.    Memupuk tali persahabatan di antara ahli-ahli.
7.    Melalui latihan kawad dan pertandingan, pelajar dapat mematuhi peraturan, undang-undang dan displin.

Aktiviti :
1.    Perjumpaan mingguan
2.    Latihan Kawad Kaki
3.    Kursus
4.    Pertandingan Kawad Kaki
5.    Perkhemahan
6.    Perbarisan
7.    Peperiksaan Pertolongan Cemas
8.    Jamuan Makan Malam
9.    Kutipan Hari Bendera
10.  Sukarela amal
11.  Pameran

 Struktur dan Organisasi Pertubuhan

1.3.1 Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

 Terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa  antarabangsa yang bertanggungjawab mengenai hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM
 Dari Geneva, Ibupejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan operasi (Pengurusan Pentadbiran Wilayah, mengendalikan agensi pengesanan pusat), pertimbangan mengenai undang-undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi dan perhubungan raya.
 1990 – lebih 47 orang di Afrika, Amerika Latin Asia dan Timur Tengah  840 delegasi ditempatkan di medan dibantu oleh 4500 pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat  600 orang di Geneva memberi bantuan operasi dan pentadbiran

Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Kemanusiaan Antarabangsa 
1)  Pemaju Konvensyen Geneva  Memajukan Undang-Undang untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.
17

2)   Orang tengah yang berkecuali  Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuh  Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan mendpat perlindungan dan pertolongan
3)  Penjaga prinsip-prinsip   Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati.  Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.


Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:
 Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen Geneva dan European Community (EC).  Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan.  Sumbangan persendirian.  Sumber-sumber lain.

Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

1.  Perlindungan  Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman, layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya.  Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
2.  Pengesanan  Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing.  Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.
3.  Bahagian Bantuan Umum  Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai   kepada pihak yang memerlukan.
18

 Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi tertentu. 4.  Bahagian Perubatan Umum
 Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.  Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alatalat prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.




Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah






 Ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawanan perang.   Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan disatukan di persidangan perubatan antarabangsa dan membawa kepada Penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah Pada 5 Mei 1919.

1983    – Nama rasmi – Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan                           Bulan Sabit Merah  November 1991  – telah ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa                             Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
19

 Untuk mencapai „tujuan umum‟ seperti yang digariskan dalam Artikel Perlembagaan Persekutuan, fungsi-fungsi persekutuan adalah antara lain seperti;
 Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan & untuk memberi mereka apa jua pertolongan yang diminta.
 Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan & pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf
 Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa bencana alam.
 Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana, dalam organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasinya.
 Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang Merah dan Bulan Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa.
 Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.
 Menggalak dan menyelaras di antara Perstuan-persatuan Kebangsaan , pertukaran idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua negara.  Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli daripada penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakkan
 Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan perjanjian–perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC)
 Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama  dalam penyebaran undang-undang ini & Prinsip- Prinsip Asas di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan.
20

 Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa. Diantaranya adalah dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan & perakuan yang diterimapakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan & menjadi penjaga kepada keutuhannya & pelindung kepada kepentingannya
 Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan Antarabangsa.

Perhimpunan Agung
  2 tahun sekali   Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh perwakilan daripada Persatuan-Persatuan Kebangsaan.

Majlis Eksekutif  Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung  Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan  Presiden, Presiden Persekutuan Kebangsaan  bagi negara  di mana Persekutuan beribu pejabat & 16 Persatuan Kebangsaan yang  dipilih oleh Perhimpunan Agung


Suruhanjaya Statut

     Buat masa ini ada lima iaitu, Kewangan,  Belia, Bantuan Bencana,         Pembangunan  dan Kesihatan & Perkhidmatan Masyarakat.

Sekretariat  Beribu pejabat di Geneva  Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan Agung atas nasihat Majlis Eksekutif.  Menghantar Laporan Tahunan Kepada semua Persatuan-persatuan Persekutuan   Sumber Kewangan adalah dari ahli persatuan 


Senarai Nama Ahli-ahli 

Jawatankuasa Majlis Tadbir IPGM



1.3.4  Fungsi Majlis Tadbir Kebangsaan

Majlis Kebangsaan • Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan dalam persatuan.

Komponen • Pengerusi Kebangsaan  • Timbalan Pengerusi Kebangsaan  • 4 orang Naib Pengerusi ( Pengerusi Cawangan + Bendahari Kebangsaan.)

• Pengerusi bagi  • Tindakbalas kecemasan  • Perkhidmatan ambulans. • Program darah  • Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan  • IHL dan hal undang-undang. • Latihan dan sumber manusia.
25

• Hal antarabangsa. • Tabung kewangan  • Bangunan  • Pengurusan. • 5 orang ahli yang dilantik. • 2 wakil daripada Cawangan  • Ketua pegawai perubatan bahagian Tentera.  • Ketua Persatuan Perubatan Malaysia. • 1 wakil daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar Negeri , Kesihatan, Dalam Negeri, Kebajikan dan Belia dan Sukan. 

Kuasa Majlis • Pengurusan, harta benda persatuan. • Keahlian. • Mencadangkan setiausaha agung persatuan  • Menambahkan dan mengubahkan peraturan.


1.4  Pengurusan dan Pentadbiran

1.4.1 Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)




Penerimaan dan Yuran Keahlian

Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) di daftarkan di Sekolah Rendah samada sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah Persendirian didalam negara Malaysia.

Ahli Kanak-Kanak didalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 di kategorikan sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah Rendah) atau di panggil “Red Cross Link”




26

Kaedah Pendaftaran Unit

Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit) setahun

Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak.

Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ibubapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan KanakKanak di sekolah masing-masing. Borang pendaftaran Pasukan, Borang yang berkaitan dengan keahlian ini hendaklah di penuhkan seperti di Lampiran.

 Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak 

Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah di sahkan pendaftaran Unit melalui Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.



BORANG-BORANG BSMM MENGENAI UNIT KANAK-KANAK.

Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak hendaklah mengisikan Borang Pendaftaran Unit (Lihat Lampiran) dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama Borang Keahlian Tahunan kepada Cabang dan seterusnya kepada Cawangan untuk disahkan.
27




Kad Pengenalan Ahli Kanak-Kanak 

Kaedah Pendaftaran Keahlian - Kad Pengenalan baru Unit KanakKanak BSMM di terangkan di lampiran ………

Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat BSMM Cabang / Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing atau layari email: mrcs@po.jaring.my atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau email kepada Cabang / Cawangan masing-masing.

Sijil Keahlian Kanak-Kanak

Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.

Serial No. Keahlian hendaklah di pantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan bersama oleh  Cabang. Lihat Lampiran ……… (Contoh Sijil Keahlian Kanak-Kanak)

Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 5 boleh menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan  Belia Sekolah Menengah.

28



Ketua Utama Seksyen Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua Seksyen dalam pasukan nya. Dia akan menjalankan semua tugas yang diamanahkan oleh Komandan. Semasa ketiadaan semua pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas-tugas Pasukannya  dipikul oleh Ketua Utama Seksyen.


Ketua Seksyen:     Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga Seksyen atau Seksyen-seksyen dan membantu melatih dan menjaga displin ahli-ahli Seksyen di bawah jagaannya. Selain dari tugas-tugas itu, ia mungkin dikehendaki melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang diarahkan oleh Komandannya. Semasa ketiadaan semua pegawai kanan dan Ketua Utama Seksyen, tugas dan tanggungjawab Pasukannya  dipikul oleh Ketua Seksyen. 

 

 


 


 


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan